Selamat Datang.
NiA Global Resources (NGR) adalah sebuah syarikat muda yang kreatif dan dinamik, berlandaskan konsep pemasaran yang unik serta inovatif. Nama dan identiti NGR seiring dengan inovasi, inspirasi dan gaya yang ideal. Pencapaian kami di masa depan didorong oleh aspirasi usahawan dan wawasan organisasi pengurusan kami.
Untuk memastikan kejayaan usahawan kami dalam NGR, latihan secara berterusan dan penerapan pengetahuan yang jitu menjadi kunci dan asas yang paling utama. Kami percaya bahawa rangkaian keusahawan yang kekal pada aras prestasi optimum adalah pemacu utama pada konsep penjanaan kewangan yang tidak terbatas. Matlamat kami yang utama adalah untuk membantu para usahawan kami mencapai mutu kehidupan yang berkualiti dan berprestij. Dedikasi kami adalah demi membina rangkaian keusahawan yang cemerlang untuk ANDA.
VISI
VISI kami adalah untuk memberikan penyelesaian terbaik untuk setiap masalah kesihatan secara kaedah keserangkaian unik dan moden, melalui produk yang canggih dan efektif untuk setiap pelanggan kami. Kami juga komited untuk meninggikan keberkesanan produk disamping menggabungkan aspek perkhidmatan yang lebih profesional. Kami percaya setiap individu berhak untuk mempunyai produk kesihatan yang terbaik. Oleh itu, kami sentiasa memastikan semua produk-produk yang dipasarkan dengan harga yang berpatutan dan berasaskan bahan-bahan yang terbaik lagi halal dan suci.
MISI
· Halal dan Suci adalah asas kepada perniagaan dan produk kami.
· Ketelusan dan kejujuran menjadi elemen yang penting untuk kejayaan perniagaan.
· Dedikasi yang penuh demi mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia.
· Memastikan ketulenan dan kualiti bahan yang terbaik di dalam setiap produk keluaran.
· Mendahului pasaran dengan idea-idea kreatif serta teknologi terkini dan terbaik.
· Konsep niaga yang inovatif adalah menjadi tunjang utama untuk bergerak lebih maju kehadapan.
· Membuktikan sasaran perniagaan hanya boleh dicapai melalui gerak kerja yang di gelar “ KERJASAMA ”.