Teknologi Nia


Selama berabad-abad lamanya, seiring dengan pembangunan teknologi, manusia telah dapat menguasai penggunaan air secara menyeluruh. Mereka telah mampu mengangkut air untuk kawasan kering kontang, membina empangan , malahan menentukan bila, mana, dan berapa banyak taburan hujan setempat yang turun. Meskipun kita dapat meningkatkan penguasaan kita terhadap sumber air, air masih terus mendominasi politik, ekonomi dan struktur sosial  semua bangsa di seluruh dunia.Kenyataan ini dapat disahihkan dengan melihat corak        perjuangan politik di Amerika Syarikat bermotifkan sumber daya air atau melalui konflik Timur Tengah keatas akses yang air yang amat terhad. Berkenaan konflik di Timur Tengah, bekas Naib Presiden Bank Dunia Ismail Serageldin berkata “Pada abad ini ( abad 20) peperangan berlaku di sebabkan penguasaan keatas sumber-sumber minyak tetapi peperangan abad   berikutnya adalah berkenaan air bersih." (Smith, 2000) .

Pada zaman moden kini, keprihatinan masyarakat keatas kualiti terbaik  air adalah tinggi.   Selama bertahun-tahun, para saintis telah menemui lebih banyak jangkitan dan pencemaran keatas sumber-sumber air bersih, dan mereka telah menjumpai hubung kait yang kuat di antara pencemaran air minum dan masalah kesihatan kronik yang ketara. Oleh kerana  pencemaran dan keracunan air yang tidak terbendung disamping keperluan fisiologi semasa, air bersih yang sihat telah melahirkan kaedah-kaedah rawatan air alternatif sepanjang sejak sekian lamanya . Sejarawan percaya bahawa penggunaan penapis air bermula lebih lebih dari 4000 tahun yang lalu!